Britain Berisiko Kehilangan 40 Bilion Euro Selepas Brexit

75

Britain berhadapan risiko kehilangan dana pelaburan berjumlah 40 billion euro dari blok Kesatuan Eropah, menurut analisis Parlimen UK.

Dana dari Institusi pelaburan Eropah ini banyak membantu wilayah yang kurang kemudahan asas. Dana ini bersama dana pertanian telah banyak menyokong polisi pertanian dan telah menyediakan UK sejumlah 17.2 bilion euro dan 22.5 bilion euro dalam tempoh 2014 sehingga 2020.

Perniagaan di U.K. juga bayak mendapat manfaat dari dana ini, contohnya 1.5 bilion euro untuk kajian pembangunan dan inovasi setiap tahun, dengan projek domestik boleh mengakses dana dari Bank Pelaburan Eropah. Untuk rekod, Britain membayar sejumlah 13 bilion pound untuk digunakan dalam bajet Kesatuan Eropah.

Walaubagaimanapun, kerajaan British hanya memberi jaminan untuk menggantikan kekurangan dana yang dihadapi oleh sektor pertanian dan belanjawan institusi pengajian tinggi di UK sehingga 2020. Hal ini akan menyebabkan, Menteri Kewangan UK Philip Hammond berhadapan dengan tambahan hutang sebanyak 10 bilion pound dalam jangka masa lima tahun lagi.

Inilah risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh UK, selain risiko perdagangan dengan halangan yang lebih ketat apabila meninggalkan Kesatua Eropah di masa hadapan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat