Data Jualan Runcit A.S Bulan Oktober Buatkan Pasaran Buntu?

408

Jualan runcit A.S. meningkat lebih daripada jangkaan pada bulan Oktober. Hal ini membawa indikasi bahawa terdapat kemungkinan bahawa rakyat Amerika memulakan membeli-belah  untuk percutian mereka lebih awal kerana kekurangan bekalan di tengah penularan pandemik yang semakin meningkat.

Jualan runcit melonjak 1.7% pada bulan lepas berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan pada hari Selasa. Data bagi bulan September telah disemak lebih tinggi yang membawa indikasi bahawa jualan runcit meningkat 0.8% dan bukannya 0.7% seperti yang dilaporkan sebelum ini. Jualan kini telah meningkat selama tiga bulan berturut-turut.

Bacaan bulan Oktober ini juga mengatasi ramalan para pakar ekonomi dimana mereka mensasarkan jualan runcit meningkat 1.4%.

Jualan unit kenderaan bermotor meningkat pada bulan Oktober buat kali pertama dalam tempoh enam bulan. Kekangan bekalan kenderaan seperi kekurangan semikonduktor global telah mendorong kenaikan harga kenderaan bermotor.

Penularan pandemik Covid-19 selama dua tahun turut juga menghambat pertumbuhan tenaga buruh malah mendorong kepada kemorosotan yang besar. Ini secara tidak langsung telah melambatkan penghantaran bahan mentah.

Tidak termasuk kereta, petrol, bahan binaan dan perkhidmatan makanan, jualan runcit meningkat 1.6% bulan lepas selepas meningkat 0.5% pada bulan September. Walaupun apabila diselaraskan dengan bacaan inflasi, jualan runcit meningkat dengan kukuh bagi bulan lepas, menjadikan kadar pertumbuhan dalam perbelanjaan pengguna melebihi kadar tahunan 1.6% yang dicatatkan pada suku ketiga.

Indeks US dolar yang mengukur matawang utama berbanding US dolar telah catat peningkatan sebanyak 0.32% kepada paras dagangan 95.707.

Pasaran kini sedang dalam pertimbangan menilai perkembangan ekonomi dan impak terhadap inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat