Data Jualan Runcit AS Redakan Kebimbangan Terhadap Risiko Kemelesetan Ekonomi!

471

Jualan runcit Amerika Syarikat mencatat peningkatan lebih daripada jangkaan pada bulan Ogos. Hal ini menunjukkan perbelanjaan pengguna kukuh dan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Laporan yang dikeluarkan Jabatan Perdagangan AS ini sedikit sebanyak telah meredakan kekhuatiran pasaran terhadap kegawatan ekonomi berikutan perang dagang AS-China dan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan. Dalam masa yang sama pasaran masih menjangkakan bahawa Federal Reserve akan mengurangkan kadar faedah sekali lagi pada Rabu depan.

Berdasarkan kenyataan pengerusi the Fed Jerome Powell pada minggu lepas bahawa beliau tidak menjangkakan Amerika Syarikat akan berhadapan dengan kegawatan ekonomi. Dalam masa yang sama, beliau menekankan bahawa the Fed akan bertindak secara saksama bagi mengekalkan pengembangan ekonomi.

Menurut ketua ekonomi MUFG, kita tidak akan menghadapi kegawatan ekonomi jika pengguna terus berbelanja. Ahli-ahli the Fed dijangka tidak mengurangkan kadar faedah dengan kadar yang besar jika mereka memutuskan pengurangan kadar pada mesyuarat akan datang.

Jualan runcit telah meningkat sebanyak 0.4% pada bulan lepas didorong oleh perbelanjaan barangan pembinaan, kesihatan dan kenderaan. Peningkatan ini mengatasi sasaran pakar ekonomi yang menjangkakan peningkatan sebanyak 0.2% pada bulan Ogos.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat