Data KDNK AS Curi Tumpuan, Pasaran Kripto ‘Menghijau’ Semula!

283

“Adakah sekarang masanya untuk harga BTC naik lagi tinggi?”

Seluruh pasaran mata wang kripto termasuk Bitcoin (BTC) berjaya menyaksikan kenaikan semula apabila terbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) mempamerkan kadar pertumbuhan 2.1%.

Suka dimaklumkan bahawa kadar pertumbuhan 2.1% adalah kekal perlahan yang dapat mencerminkan keseluruhan aktiviti ekonomi negara termasuk perbelanjaan pengguna, pelaburan dan perdagangan antarabangsa.

Angka itu meleset berbanding jangkaan pertumbuhan untuk meningkat pada 2.2% yang diperhatikan dalam KDNK AS.

Para pedagang dan pelabur kini akan meneliti prestasi dolar AS sebagai tindak balas daripada laporan ekonomi itu susulan pasaran mata wang sering kali memberi reaksi pantas jika data ekonomi mempunyai perubahan.

Memang tidak dinafikan pasaran kripto akan bergerak bertentangan dengan dolar AS, tetapi keadaan nampaknya agak berbeza pada hari ini susulan harga BTC telah melepasi paras $27,300 daripada $26,117 pada 27 September 2023.

Hal ini kerana peristiwa makroekonomi terkini dan ketidaktentuan pasaran telah mengurangkan sedikit kebimbangan pelabur kripto yang sejak kebelakangan ini takut untuk melabur dalam aset digital yang didapati bergerak mendatar dalam tempoh agak lama.

Walaupun masa depan pasaran kripto akan kekal tidak menentu, banyak pihak menjangkakan pandangan lanjut berkenaan ekonomi akan memberi lebih kejelasan mengenai prestasi aset digital pada masa akan datang.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 2.32% pada paras $27,050 dalam tempoh 24 jam lalu manakala Ethereum (ETH) pula mencatatkan kenaikan 3.06% pada $1,657 dan Ripple (XRP) raih 2.27% pada $0.51.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat