Data KDNK Britain Tidak Mampu Membantu Pound Sterling, Sentimen Pasaran Bergantung Kepada Sidang Kemuncak G-20

540

Bermula sesi Asia hari ini, Jepun memulakan pasaran dengan mengeluarkan data pengangguran yang sejajar dengan jangkaan pasaran serta bacaan sebelum ini iaitu 2.4% untuk Mei 2019.

Secara keseluruhannya, sesi Asia pada hari dagangan terakhir minggu ini diniagakan rendah susulan para pelabur mula mengambil langkah berhati-hati menjelang pertemuan hujung minggu ini antara Presiden AS Trump dan rakan sejawatannya dari China Xi Jinping di sidang kemuncak G-20.

Beralih kepada sesi Eropah, data KDNK tahunan di Britain meningkat sebanyak 1.8% untuk suku tahun pertama 2019, tidak berubah daripada bacaan sebelumnya dan mendaki dari 1.4% bacaan pada tempoh sebelumnya. Ini merupakan pengembangan yang paling kuat sejak suku tahun ketiga 2017.

Namun data tersebut tidak diendahkan oleh pasaran dan Sterling berlegar di paras terendah 5 bulan atas faktor kebimbangan mengenai kebarangkalian sama ada Brexit dapat mencapai persetujuan atau tidak.

Seterusnya pada jam 5 petang pula, pasaran menumpukan perhatian kepada bacaan data inflasi zon Eropah untuk unjuran tahun ke tahun. Bacaan inflasi untuk bulan ini menepati jangkaan pasaran apabila kekal pada angka 1.2% sementara bacaan teras pula mencatatkan kenaikan kepada 1.1% lebih tinggi berbanding jangkaan kenaikan 1.0% daripada bacaan sebelum ini iaitu 0.8%.

Tumpuan pasaran pada sesi seterusnya akan diberikan kepada data ekonomi pertumbuhan GDP Kanada pada jam 8.30 malam ini dengan jangkaan bacaan data yang sedikit menurun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat