Data Kukuh, Fed Hawkish! USD Makin Power

467

Dolar Amerika mengukuhkan kedudukan sebagai juara berbanding pesaing mata wang utama yang lain setelah disokong oleh Federal Reserve (Fed) dan data ekonomi Amerika Syarikat yang kukuh.

Menurut laporan minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan awal pagi tadi, beberapa penggubal dasar Fed bersedia untuk mempercepatkan pengurangan program pembelian bon jika inflasi terus meninggi dan bergerak lebih cepat untuk menaikkan kadar faedah.

Sementara itu, data indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi teras (PCE), meningkat kepada 4.1% pada Oktober, bersesuaian dengan ramalan pasaran. Data lain pada sesi sebelum ini juga menunjukkan bahawa jumlah tuntutan pengangguran AS jatuh ke paras terendah sejak 1969 pada minggu lalu.

Bagaimanapun, bacaan data pertumbuhan ekonomi AS dicatatkan sedikit perlahan daripada dijangkakan, tetapi meningkat daripada bacaan yang dianggarkan sebelum ini untuk suku ketiga.

Namun, US dolar tetap kukuh dengan jangkaan pengetatan dasar yang lebih cepat daripada bank pusat, membawa indeks dolar menguat di paras tertinggi 16 bulan pada 96.80 ketika sesi Asia.

Dalam pada itu, mata wang euro terus dihimpit tekanan daripada US dolar yang kuat dan pendirian Bank Pusat Eropah (ECB) yang dovish. Menurut tinjauan Ifo, indeks iklim perniagaan menunjukkan penguncupan pada November, yang menandakan penurunan untuk bulan kelima berturut-turut.

Mata wang yen Jepun pula menderita di paras terendah 4 setengah tahun, terkesan oleh US dolar yang kuat dan hasil bon AS 10 tahun yang lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat