Data Mengecewakan Gugat Rancangan ECB, Ini Jadi Pada Euro!

311

Pemain pasaran kini mengurangkan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah daripada Bank Pusat Eropah (ECB) setelah diperlihatkan dengan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah yang mengecewakan.

Aktiviti ekonomi di dua ekonomi terbesar Eropah mencatatkan kelembapan ketara dalam pertumbuhan pada bulan Jun, di mana sektor pembuatan Jerman dilaporkan merosot ke paras terendah hampir dua tahun.

Ini mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya kemelesetan yang boleh menjejaskan rancangan ECB untuk memulakan fasa pengetatan dasar monetarinya pada Julai.

Susulan penerbitan data ini, mata wang euro merosot 0.6% berbanding US dolar, tergelincir sedikit di bawah harga 1.0500 pada sesi Eropah.

Dalam pada itu, Jerman telah memasuki fasa 2 pelan gas kecemasan tiga peringkatnya pada Khamis selepas kerajaan melihat risiko yang tinggi dalam kekurangan bekalan gas jangka panjang.

Sementara itu, mata wang pound pula sedikit merosot susulan bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK yang tidak menunjukkan banyak perubahan dalam aktiviti ekonomi di negara itu pada bulan Jun.

Di samping itu, pelabur turut menyaksikan lonjakan semula US dolar pada sesi Eropah yang didagangkan lebih tinggi berbanding pesaing utamanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat