Data NFP Amerika Syarikat Tersasar Daripada Jangkaan – Ini Yang Terjadi Pada US Dolar!

620

Pengambilan bilangan pekerja oleh syarikat-syarikat AS tersasar daripada jangkaan pada bulan Ogos.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh melaporkan bahawa Non Farm Payroll ataupun NFP meningkat namun kurang daripada jangkaan para pakar ekonomi iaitu dengan mencatat peningkatan hanya sebanyak 130,000. Walaubagaimanapun bacaan ini tersasar daripada jangkaan para pakar ekonomi yang menjangkakan peningkatan sebanyak 160,000 pada bulan Ogos.

Peningkatan NFP pada bulan lepas didorong oleh pertambahan pekerja kerajaan sementara sebanyak 25,000. Kadar pengangguran masih kekal pada paras 3.7%, iaitu kadar terendah hampir 50 tahun lalu, manakalah kadar upah per jam naik 3.2% setahun mengatasi sasaran dan naik 0.4% pada bulan lepas.

Berdasarkan data yang dikeluarkan menunjukkan pasaran buruh semakin lemah sejak beberapa bulan lau dan hal ini boleh memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna.

Ditambah pula dengan isu perang dagang AS-China dan perdagangan global yang lemah telah menyebabkan hasil bon jatuh menjunam pada tahun ini. Lantaran itu kebanyakkan pemain pasaran menjangkakan the Fed akan mengurangkan lagi kadar faedah.

Indeks US dolar yang mengukur enam matawang utama menyusut sebanyak 0.16% pada paras 98.225 susulan laporan ini dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat