Data NFP Bulan Mei Kukuh Di Luar Jangkaan, Ini Perkara Perlu Diketahui ‘Trader’!

878

Ekonomi Amerika Syarikat (A.S) dilaporkan menambah 390,000 pekerjaan pada Mei, menariknya angka ini lebih baik daripada jangkaan walaupun terdapat kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi dan dengan kadar inflasi yang merunsingkan. Angka ini dilaporkan oleh Biro Statistik Buruh pada hari Jumaat.

Pada masa yang sama, kadar pengangguran kekal pada 3.6%, tepat di atas paras terendah sejak Disember 1969.

Para ahli ekonomi yang ditinjau oleh Dow Jones telah menganggarkan data NFP sebanyak 328,000 dan kadar pengangguran mengecil lebih rendah kepada 3.5%.

Purata pendapatan setiap jam meningkat 0.3% berbanding bulan April, lebih rendah sedikit daripada anggaran 0.4%. Kenaikan tahun ke tahun untuk gaji sebanyak 5.2% adalah selaras dengan jangkaan.

Pasaran niaga hadapan pasaran saham tidak menentu dan menunjukkan pembukaan lebih rendah di Wall Street berikutan laporan itu. Hasil bon kerajaan pula bergerak lebih tinggi.

Pertambahan pekerjaan disumbangkan daripada sektor hospitaliti yang menambah 84,000 jawatan. Perkhidmatan profesional dan perniagaan meningkat sebanyak 75,000, pengangkutan dan pergudangan menyumbang 47,000, dan pekerjaan pembinaan menambah sebanyak 36,000.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh 0.16% kepada paras dagangan 101.993.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat