Data NFP Dijangka Perlahan, Bolehkah USD Pertahankan Pengukuhan?

339

Pasaran mata wang bergerak tenang menuju ke penghujung dagangan akhir minggu dengan tumpuan utama pelabur kini disasarkan kepada penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Dolar Amerika terus menguat pada sekitar paras ketinggian 20 tahun berbanding mata wang utama dengan indeks dolar didagangkan pada 106.85.

Pada sesi New York sebelum ini, pelabur telah melihatkan kenyataan daripada dua penggubal dasar Federal Reserve (Fed) yang memberi isyarat bahawa mereka berpeluang untuk mendapatkan ‘peralihan’ lebih baik dalam ekonomi.

Pengerusi Fed St Louis, James Bullard dan Gabenor Fed, Christopher Waller, kedua-duanya menyokong pengetatan dasar, tetapi mereka menjangkakan ekonomi hanya akan perlahan bukan mengalami kemelesetan.

Dalam pada itu, angka pertambahan pekerjaan NFP dijangka berkurang pada bulan Jun, dengan peningkatan 260,000 berbanding 390,000 sebelumnya manakala kadar pengangguran pula kekal pada 3.6%.

Sementara itu, peletakan jawatan Perdana Menteri UK Boris Johnson telah mendorong kebangkitan semula mata wang pound untuk didagangkan pada 1.2040 berbanding USD.

Selepas dua hari pergolakan politik, Johnson akhirnya berundur sebagai pemimpin Parti Konservatif. Namun, beliau akan kekal menggalas tanggungjawabnya sehingga September apabila pengganti diumumkan.

Di samping itu, mata wang euro terus melemah selepas kejatuhan ke paras terbaharu 20 tahun pada sesi sebelum ini.

Minit mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) memperlihatkan sesetengah penggubal dasar masih mahu membuka jalan untuk peningkatan kadar lebih besar dalam mesyuarat Julai, walaupun Presiden Christine Lagarde menegaskan berulangkali kenaikan 25 mata asas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat