PM Boris Johnson Sah Letak Jawatan! Siapakah Yang Bakal Menggantikan Johnson?

407

Perdana Menteri UK Boris Johnson meletak jawatan pada hari Khamis, menamatkan khidmat beliau sebagai Perdana Menteri selama hampir tiga tahun dimana ia dihujani beberapa kontroversi dan skandal.

Bercakap di luar Downing Street, Johnson berkata proses untuk memilih pemimpin baharu Parti Konservatif harus dimulakan sekarang, dengan jangkaan ia akan diumumkan minggu hadapan berdasarkan jadual.Beliau berkata beliau berhasrat untuk kekal menerajui pimpinan sehinggalah pemimpin baru dipilih.

Keputusannya untuk kekal memimpin dibuat walaupun ditekan secara bertubi-tubi dan kekurangan sokongan dari dalam partinya sendiri. Johnson turut merakamkan rasa sedih dengan mengatakan bahawa beli ‘sedih’ kerana terpaksa melepaskan jawatan ini dan dalam masa yang sama tiada yang benar layak setakat untuk menjadi Perdana Menteri.

Perdana Menteri Britain Boris Johnson membuat kenyataan di Downing Street di London, Britain, 7 Julai 2022. Pemicu awal ialah perletakan jawatan yang mendadak leh Rishi Sunak dan Setiausaha Kesihatan Sajid Javid. Dua menteri berprofil tinggi itu meletak jawatan pada petang Selasa berikutan pertikaian mengenai keputusan Johnson untuk melantik Chris Pincher sebagai timbalan ketua whip awal tahun ini.

Sterling didagangkan 0.4% lebih tinggi pada $1.1979 sejurus selepas pengumuman Johnson. Kejatuhan Johnson menamatkan reputasinya sebagai perdana menteri “Teflon”. Bekas datuk bandar London berusia 58 tahun itu terkenal dengan kebolehannya untuk mengelak daripada kontroversi politik.

Sekarang ini timbul persoalan siapakah yang akan menggantikan Johnson? Perletakan jawatan Johnson ini akan membuka ruang kepada persaingan merebut jawatan dalam menentukan siapa yang menjadi pemimpin dan perdana menteri Konservatif seterusnya.

Calon individu perlu mendapatkan sokongan Ahli Parlimen Tory, dengan dua calon terakhir akan berhadapan dalam undian ahli Parti Konservatif.

Selain Sunak dan Javid, Setiausaha Luar Liz Truss, bekas Setiausaha Luar Jeremy Hunt, bekas Setiausaha Naik Taraf Michael Gove, Menteri Perdagangan Antarabangsa Penny Mordaunt dan Menteri Pertahanan Ben Wallace adalah antara calon yang dijangka bertanding dalam pemilihan kepimpinan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat