Data Pekerjaan Australia Sedikit Mengecewakan Pada Bulan Februari

337

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, data pekerjaan Australia adalah sedikit mengecewakan apabila jumlah pekerjaan yang ditambah adalah kurang daripada janggkan pada bulan Februari namun kadar pengangguran pula meningkat lebih tinggi. Bank pusat berkemungkinan akan mengekalkan polisi monetari kadar faedah seperti yang ditetapkan.

Pada bulan Februari, jumlah pekerjaan mencatat pertambah sehingga 17,500 pekerjaan berbanding bulan Januari yang mencatat jumlah pekerjaan sebanyak 12,500. Walaubagaimanapun, ahli ekonomi meramalkan pada bulan Februari, pertambahan jumlah pekerjaan sehingga 20,000 pekerjaan.

Kadar pengangguran pula meningkat kepada 5.6% berbanding jangkaan 5.5%. Jumlah pekerjaan sepenuh masa meningkat kepada 64,900 manakala data pekerjaan separuh masa jatuh kepada 47,400.

Kadar penyertaan meningkat sebanyak 65.7% dan pakar ekonomi meramalkan hanya 65.6%.

Matawang dolar Aussie (AUD) jatuh sebanyak 0.23% ke paras harga 0.7747 setakat jam 1.25 p.m

Data pekerjaan salah satu indikator penyumbang utama terhadap ekonomi Australia pada masa ini. Pembuat dasar menjangkakan untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah dan meningkatkan pelaburan bagi menjana pertumbuhan pekerjaan dan gaji pekerja.

Gabenor Philip Lowe menjangkakan kadar pengangguran jatuh kepada 5% dan bank pusat juga meramal data pekerjaan pada pengunaan tenaga penuh dan kadar inflasi akan mencapai sasaran 2.5% secara hanya beransur-ansur. Polisi RBA akan kekal pada ketika ini.

“Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk pertumbuhan pekerjaan terus bertumbuh agar kadar gaji dapat bertumbuh,” kata Sarah Hunter di BIS Oxford Economics. “Peningkatan kadar upah bergantung pada kadar inflasi, dan hal ini menyebabkan kadar upah berada paras purata.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat