Data Pekerjaan UK Tambah Sakit Kepala BOE!

170

Kebimbangan Bank of England (BOE) semakin bertambah setelah melihat bacaan terbaharu dalam data pekerjaan UK yang kurang memberangsangkan.

Dalam tempoh tiga bulan hingga September, kadar pengangguran Britain tanpa dijangka meningkat kepada 3.6% daripada 3.5% yang direkodkan dalam tempoh sebelumnya.

Sementara itu, data yang dikeluarkan Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) juga melaporkan bilangan orang yang bekerja jatuh sebanyak 52,000 dalam tempoh Julai hingga September.

Bilangan kekosongan kerja dalam tempoh Ogos hingga Oktober pula didapati turun kepada 1.23 juta, paras terendah sejak akhir 2021 berikutan masalah yang dihadapi majikan untuk mengisi jawatan kosong mereka.

Ini pastinya akan meningkatkan lagi kekhuatiran BOE bahawa pasaran buruh Britain yang merosot akan menambah tekanan inflasi, memaksanya untuk menaikkan kadar faedah walaupun ekonomi menuju ke kemelesetan yang dijangkakan.

Dalam pada itu, pertumbuhan upah terus menunjukkan peningkatan dengan kenaikan 6.0% (gaji termasuk bonus), dan 5.7% (tidak termasuk bonus) dalam tempoh tersebut.

Angka tersebut menggariskan kes bagi bank pusat untuk terus menaikkan kadar faedah ketika pembuat dasar sedang berusaha untuk mengelak berlakunya ‘wage-price spiral’ di tengah-tengah inflasi yang melambung tinggi.

Wage-price spiral: Kenaikan gaji meningkatkan permintaan barang sekali gus menyebabkan harga melonjak. Tapi, apabila harga naik, ia pula akan mendorong untuk peningkatan gaji lebih tinggi, akhirnya wujud lingkaran dalam upah dan inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat