Data Penting: Impak Bacaan CPI Januari Tidak Seperti Diharapkan Pasaran?

597

Laporan terkini menunjukkan harga pengguna Amerika Syarikat mencatat peningkatan yang sederhana pada bulan Januari namun bacaan inflasi masih kekal lemah kerana penularan pandemik yang membimbangkan terus mengekang pertumbuhan sektor buruh dan industri perkhidmatan.

Jabatan Tenaga Kerja melaporkan indeks harga pengguna (CPI) meningkat 0.3% pada bulan Januari setelah naik 0.4% pada bulan Disember. Dalam tempoh 12 bulan sehingga Januari, CPI telah meningkat 1.4% setahun. Bacaan ini juga selari dengan ramalan pakar ekonomi pada 0.3%.

Indeks US dolar didagangkan pada paras rendah pada paras pertukaran 90.323 berbanding matawang utama setakat jam 10.15 p.m. Matawang lain seperti Euro dan GBP terus catat pengukuhan sebanyak 0.16% dan 0.32% masing-masing.

Kemerosotan US dolar didiorong oleh keyakinan pasaran terhadap dana rangsangan kewangan dan fiskal, pendapat korporat yang kukuh dan perkembangan vaksin Covid-19.

Disisi lain, pasaran mengharapkan Amerika Syarikat dapat membaiki hubungan perdagangan dengan negara-negara lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat