Data Perumahan Australia Positif Diluar Jangkaan, AUD/USD Naik 43 Pips

55

Kadar kelulusan bangunan di Australia bulan ke bulan menurun dua kali dalam tempoh 3 bulan selepas laporan terbaru menunjukkan penurunan pada bulan Julai dengan trend aktivit pembinaan yang masih naik dan turun secara mendadak.

Jabatan Statistik Australia melaporkan, permit bangunan jatuh -1.7% pada bulan Julai, kurang daripada jangkaan -5.4%. Dan data kaji semula pada bulan sebelumnya melonjak 11.7%, kelulusan tertinggi dalam tempoh hampir satu tahun. Berdasarkan laporan rasmi, kadar bangunan yang lulus dalam unjuran tahun ke tahun susut -13.9%

Kadar kerja pembinaan selesai pula meningkat 9.3%, kenaikan diluar jangkaan 0.9% untuk suku tahun kedua.

Data ekonomi Australia menguatkan aussie berbanding dolar sehingga menolak AUD/USD naik 43 pips atau kepada 0.7995 setakat jam 11.15 pagi.

Permit bangungan sentiasa diteliti oleh setiap pelabur kerana mereka menganggap kadar ini menjadi penentu kepada pelan pembinaan kediaman di masa hadapan. Laporan permit bulanan ini akan digunakan bagi menentukan pelaburan sentiasa selari dengan permintaan dalam pasaran.

Sektor perumahan Australia mula melihat sedikit perubahan pada bulan ini berdasarkan data daripada CoreLogic, sebuah firma perisikan perniagaan. Berdasarkan laporan bulanan perumahan, CoreLogic menyebut harga pasaran perumahan di Sydney dijangka jatuh pada bulan Ogos, manakala Melbourne kekal meningkat.

Harga perumahan naik disebabkan oleh permintaan dalam pelaburan asing yang tinggi dan perkembangan dalam pasaran buruh domestik. Dalam masa yang sama, harga yang sangat tinggi menjadi ianya sesuatu yang mustahil untuk dimiliki oleh pembeli-pembeli muda. Selain itu ada dikalangan mereka yang mula melihat nilai perumahan mula merosot disesetengah kawasan selepas aktiviti perlombongan semakin menyusut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat