Data PMI Eropah & AS Diteliti, Ini Kesan Terhadap Pergerakan EUR/USD

228

Data PMI bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan untuk Eropah dan Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan pada dagangan Khamis semalam.

Keseluruhan bacaan data menunjukkan angka yang positif untuk bulan Mei mengatasi ramalan dan bulan sebelum ini.

Euro paparkan pengukuhan di sesi Eropah sebelum disusuli pengukuhan US dolar di sesi berikutnya.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga semakin menunduk rendah menghampiri paras 1.08000 yang berada di zon tumpuan RBS (resistance become support).

Selain itu, harga menunjukkan isyarat pergerakan bearish yang mana berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut untuk beberapa hari ini.

Kini penentuan adalah reaksi harga pada zon RBS 1.08000 untuk petunjuk pergerakan harga selanjutnya.

Sekiranya harga berjaya melantun semula dari zon 1.08000 dan kemudiannya melepasi halangan MA50, kenaikan berkemungkinan akan diteruskan untuk menuju semula zon rintangan 1.09000 yang diuji minggu lalu.

Kenaikan yang diteruskan melepasi rintangan itu bakal catatkan ketinggian terbaru menuju pula sasaran pada 1.1000.

Sebaliknya, akan menjadi untuk kejatuhan lebih rendah buat harga apabila harga semakin susu di bawah 1.08000.

Penurunan harga dijangka bakal dilanjutkan hingga mencecah semula ke sekitar 1.07000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat