Data PMI Kukuh, Inflasi Semakin Menjadi Kekhuatiran Pasaran!

467

Pasaran sesi Amerika telah menyaksikan bacaan yang bercampur dalam data PMI pembuatan dan perkhidmataan yang diterbitkan bagi bulan Jun. Aktiviti perkilangan A.S melonjak ke paras tertinggi pada bulan Jun namun para pengeluar masih menghadapi kesukaran dalam mendapatkan bahan mentah dan pekerja mahir. Hal ini mendorong peningkatan harga untuk pengguna dan perniagaan.

Firma data IHS Markit melaporkan, PMI pembuatan A.S. meningkat kepada bacaan 62.6 bulan ini. Bacaan itu adalah yang tertinggi sejak Oktober 2009 dan diikuti bacaan akhir 62.1 pada bulan Mei.

Tinjauan dilakukan antara 10 Jun dan 22 Jun. Ahli ekonomi yang disoal selidik oleh Reuters telah meramalkan indeks merosot ke 61.5. Bacaan di atas 50 menunjukkan pertumbuhan dalam pembuatan, yang menyumbang 11.9% ekonomi A.S.

Lonjakan dalam pembuatan meningkatkan jangkaan ahli ekonomi untuk melihat pertumbuhan dua digit pada suku kedua. Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengatakan kepada anggota parlimen pada hari Selasa bahawa inflasi telah “meningkat terutama dalam beberapa bulan terakhir. Beliau menyebutkan hal ini kerana kekurangan penawaran dan lonjakan perbelanjaan.

Tinjauan mendapati bahawa kos bahan mentah meningkat ke tahap tertinggi sehingga menyebabkan syarikat menaikkan harga jualan mereka.

Disisi lain, PMI sektor perkhidmatan kilat IHS Markit turun ke 64.8 daripada bacaan 70.4 pada bulan Mei, ia masih merupakan bacaan yang kedua tertinggi sejak pengumpulan data bermula pada bulan Oktober 2009.

Perniagaan di sektor perkhidmatan, yang menyumbang lebih dari dua pertiga aktiviti ekonomi A.S., bimbang akan kenaikan inflasi dan ketidakupayaan untuk mencari tenaga kerja yang berkelayakan dan orang yang bersedia bekerja.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding matawang utama mencatat penyusutan susulan laporan dikeluarkan kepada paras dagangan 91.558 dengan kejatuhan 0.21%

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat