Data PMI Pembuatan AS Kukuh, EUR/USD Catat Penurunan Dari Lonjakan Minggu Lalu

258

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD untuk permulaan minggu ini mula menunjukkan penurunan semula selepas kenaikan harian mencecah 80 pips pada Jumaat lalu sebagai penutup dagangan Januari.

Penurunan harga turut didorong oleh pengukuhan bagi matawang US dolar dalam pasaran berikutan data PMI pembuatan tinjauan ISM di Amerika Syarikat pada Januari mencatatkan bacaan yang meningkat lebih tinggi kepada 50.9 mata mengatasi jangkaan kenaikan 48.5 mata dari bacaan 47.2 bulan sebelumnya.

Kenaikan tersebut juga merekodkan pengembangan pertama untuk tempoh 6 bulan dan berjaya melepasi paras 50 mata.

Selain itu juga, penurunan harga pada carta EUR/USD dilihat turut disokong oleh faktor penyusutan dolar Euro disebabkan faktor rundingan antara Kesatuan Eropah dan UK yang tidak sependapat.

Penurunan harga pada dagangan Isnin semalam dicatatkan sekitar 60 pips mencecah paras 1.10350 menguji zon RBS (resistance become support) tersebut namun gagal meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Harga kembali pantul semula menutup dagangan pada sesi New York sekitar paras 1.10600.

Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini, harga bergerak mendatar sebelum berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50).

Penurunan yang lemah dipamerkan pada awal sesi dagangan Eropah dengan pelabur turut berhati-hati untuk laporan data pekerjaan NFP minggu ini.

Penurunan harga bakal menguji semula zon RBS 1.10350 semalam sebelum penurunan lebih rendah bakal menuju zon support sekitar paras 1.10000.

Namun jika kenaikan harga kembali berlaku, harga akan menguji semula paras ketinggian pada Jumaat lalu dan juga zon resistance pada ketinggian 1.11000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat