Data PMI Yang Lemah – Pelabur Pasaran Kewangan Zon Eropah Jangkakan Penurunan Kadar!

236

Berdasarkan data yang dikeluarkan pada hari Isnin, situasi pasaran kewangan zon Eropah menyebabkan para pelabur menjangkakan pemontongan kadar daripada bank pusat Eropah (ECB) selepas data pembuatan dan perkhidmatan lemah.

Sentimen sektor pembuatan di zon eropah jatuh ke paras terburuk dalam tempoh 7 tahun pada bulan September.

Indek PMI pembuatan zon eropah jatuh kepada bacaan 45.6 pada bulan September berbanding bulan Ogos yang mencatat bacaan 47 mata. Mankala indeks PMI perkhidmatan zon eropah jatuh daripada 53.5 pada bulan Ogos kepada bacaan 52 mata pada bulan September.

Disisi lain, bacaan data PMI perkilangan Jerman untuk September merosot kepada 41.4 mata berbanding jangkaan peningkatkan oleh pasaran dari bacaan 43.5 mata sebelum ini. Bacaan tersebut menunjukkan penguncupan paling rendah dalam tempoh 10 tahun dalam aktiviti perkilangan sejak krisis kewangan global yang berlaku pada 2009.

Menurut penganalisis data sektor perkhidmatan yang sebelum ini tidak begitu terkesan dengan pengucupan dalam sektor pembuatan namun kini telah mula menunjukkan tanda-tanda bahawa dampak ini sudah mula memberi kesan pada sektor perkhidmatan.

Susulan data ini dikeluarkan, pasaran saham Eropah jatuh pada hari Isnin. Matawang Euro menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.28% setakat jam 10.30 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat