Data PMI Zon Eropah Merosot, EUR/USD Pamer Penurunan Harga Pada Sesi Eropah

291

Dolar Euro menunjukkan penurunan pada sesi Eropah hari ini berbanding beberapa matawang utama yang lain berikutan terkesan oleh data ekonomi PMI zon Eropah yang mengecewakan.

Bermula bacaan PMI Perancis, sektor perkhidmatan stabil manakala sedikit penurunan bacaan bagi PMI pembuatan namun angka masih berada di atas paras 50.

Menyusul data PMI Jerman dengan bacaan PMI pembuatan menunjukkan penurunan bagi bulan Disember lebih rendah berbanding jangkaan. Bacaan data yang dikeluarkan ini menunjukkan aktiviti perkilangan di Jerman menguncup untuk bulan ke 12 berturut-turut.

Terus menjadi tumpuan apabila data PMI bagi zon Eropah dikeluarkan. Walaupun data PMI perkhidmatan menunjukkan bacaan yang baik, namun penurunan membimbangkan pada bacaan PMI pembuatan apabila mencatatkan 45.9 mata berbanding jangkaan peningkatan 47.3 dan lebih rendah berbanding bulan lalu pada 46.9 mata.

Ini memberi isyarat kemerosotan terhadap ekonomi zon Eropah dengan penguncupan dalam sektor pembuatan. Pengeluaran menyusut paling ketara sejak Oktober 2012 dan pekerjaan jatuh pada kadar terpantas lebih 7 tahun.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD mula menunjukkan penurunan semula pada sesi Eropah, membantutkan kenaikan harga dengan dagangan US dolar yang gagal meneruskan pengukuhan.

Pada Jumaat lalu, harga menunjukkan penurunan selepas mencatat paras ketinggian mencapai 1.12000 yang merupakan paras tertinggi dicapai sejak Ogos lalu.

Faktor penurunan adalah didorong oleh pengukuhan USD susulan sentimen positif perjanjian perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China.

Namun keraguan yang timbul pada rundingan tersebut mendorong kenaikan harga pada awal sesi Asia hari ini menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50).

Gagal melepasi garisan MA50, harga kembali turun semula selepas data PMI zon Eropah mencatatkan bacaan yang lemah keseluruhannya.

Penurunan harga dijangka akan menguji paras penting pada 1.11000 yang merupakan zon RBS (resistance become support) pada carta harga EUR/USD.

Penurunan lebih rendah dari paras tersebut menguatkan lagi jangkaan kecederungan harga untuk terus turun lebih rendah menuju 1.10400 atau lebih rendah lagi pada zon support di bawah paras 1.10000.

Namun jika harga kembali meneruskan kenaikan, paras resistance pada ketinggian 1.12000 yang dicapai minggu lalu akan kembali diuji sebelum harga mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk tempoh 4 bulan.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat