Data Positif Tidak Dialu-Alukan Pelabur, Ini Pergerakan Ekuiti Pada Akhir Minggu

182

Di sebalik data pekerjaan ADP sektor swasta yang positif serta laporan sektor pembuatan tinjauan ISM yang baik, pelabur ekuiti dilihat tidak senang hati dengan catatan tersebut.

Hal ini kerana catatan positif menandakan ekonomi Amerika Syarikat (AS) berkembang dengan baik dan memberi ruang kepada Federal Reserve( Fed) untuk melaksanakan kenaikan kadar faedah lebih agresif.

Rentetan itu indeks dolar terus mengukuh ke paras tertinggi 24 tahun namun ekuiti AS masih meraih sedikit keuntungan ketika penutupan sesi dagangan.

Indeks Dow Jones Industrial naik 0.5% pada 31,656.42 dan S&P 500 tambah 0.3% pada 3,966.85 sementara Nasdaq Composite susut 0.3% pada 11,785.13.

Menyingkap zon Eropah, indeks STOXX 600 turun 1.8% dengan pasaran bon kerajaan menyaksikan penjualan tatkala tolok MSCI saham seluruh dunia jatuh 0.8%.

Beralih ke rantau Asia pula, Nikkei 225 Jepun dan Topix mendatar sementara Kospi Koreat Selatan capai 0.5% dan Kosdaq naik 0.92%.

Secara keseluruhan, indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun dibuka rendah.

Dalam pada itu, tumpuan utama pelabur kini terarah kepada laporan data pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini dengan pasaran menjangkakan catatan bulan Oogos akan menurun lebih rendah berbanding Julai.

Ulas ahli ekonomi di National Australia Bank, Tapas Strickland, data malam ini akan menjadi penentuan kepada ramalan kenaikan 75 mata asas oleh Fed pada September nanti.

Ringkasan pasaran mata wang memperlihatkan greenback mengukuh ke paras tertinggi baru 24 tahun berbanding ¥140.21 sementara Euro menyusut 1% pada $0.99435 dan Sterling mengurang 0.7% pada $1.15385.

Bagi komoditi, minyak mentah Brent turun 3.9% pada $91.95 dan minyak mentah AS jatuh 3.7% pada $86.27 dengan laporan sekatan baru di Chengdu, China menambah kebimbangan permintaan yang lemah serta isu potongan gas dari Rusia.

Emas juga merosot 0.9% pada $1,695.0219 per auns.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat