Data PPI Terus Melonjak, Pasaran Tertanya-Tanya Tindak Balas Bakal Di Ambil Oleh The Fed!

615

Harga pengeluar Amerika Syarikat pada bulan Februari dilaporkan melonjak tinggi dan meneruskan pengukuhan bulan sebelumnya. Lonjakan ini juga terpengaruh dengan lonjakan harga minyak mentah dan komiditi lain berikutan perang antara Rusia dan Ukraine.

Indeks harga pengeluar (IHP) untuk permintaan akhir meningkat 0.8% selepas mengukuh sebanyak 1.2% pada bulan Januari sepertimana yang dilaporkan oleh Jabatan Buruh pada hari Selasa. Dalam tempoh 12 bulan hingga Februari, IHP meningkat 10% selepas kenaikan yang sama pada bulan Januari.

Disisi lain pula para ahli ekonomi meramalkan bacaan IHP atau PPI memperoleh 0.9% pada bulan Februari dan 10% dalam kiraan tahun. Waima begitu data tersebut tidak menangkap lonjakan harga minyak dan komoditi lain, seperti gandum, berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine berlaku pada 24 Februari.

Inflasi telah melepasi sasaran 2% yang ditetapkan oleh the Fed berdasarkan semua ukuran yang ada. Bank pusat A.S. dijangka mula menaikkan kadar faedah pada hari Rabu. Pakar ekonomi meramalkan sebanyak tujuh kenaikan kadar tahun ini.

Harga minyak mentah melonjak lebih 30%, dengan penanda aras global Brent mencecah paras tertinggi pada $139 setong, tertinggi sejak 2008, sebelum turun untuk didagangkan di bawah $100 setong pada hari Selasa.

Walaupun dengan penurunan harga minyak, inflasi berkemungkinan kekal panas kerana kebangkitan semula jangkitan Covid-19 di China, dimana China merupakan sumber utama bahan mentah untuk kilang A.S., memberi lebih tekanan kepada rantaian bekalan.

“Inflasi AS akan meningkat pada separuh pertama tahun ini dan hampir pasti akan melonjak lebih tinggi pada suku ketiga jika tidak pada suku keempat,” kata Chris Low, ketua ekonomi di FHN Financial di New York.

Isu inflasi ini bukanlah perkara baru yang timbul ketika perang Rusia-Ukraine namun seblum itu lagi. Inflasi yang tinggi, kebanyakannya dalam bentuk petrol yang lebih mahal, telah mendorong ahli ekonomi untuk mengurangkan anggaran pertumbuhan ekonomi mereka pada tahun ini. Setakat ini, kemelesetan ekonomi belum dijangka kerana isi rumah masih mempunyai simpanan.

Dalam tempoh 12 bulan hingga Februari, PPI teras meningkat 6.6% selepas memperoleh 6.8% pada bulan Januari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat