Data Sektor Swasta Ini Punca US Dollar Kembali “Mengganas”

55

US Dollar melonjak pada hari Khamis apabila data pekerjaan dari sektor swasta menunjukkan angka yang lebih kukuh dari jangkaan awal. Angka ini juga secara tidak langsung menyokong jangkaan Fed untuk menaikkan kadar pada minggu depan.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang utama kali terakhir dinilai berbanding 0.1 peratus kepada 102.12, tidak jauh dari paras tertinggi yang dicatat pada 2 Mac.

USD/JPY, 30 minit

Sebelum ini, laporan pekerjaan ADP pada Rabu menunjukkan bahawa gaji swasta meningkat sebanyak 298,000 pekerjaan pada bulan lalu, iaitu peningkatan terbesar sejak Disember 2015.

Data ADP juga datang lebih awal daripada laporan NFP yang bakal diumum penghujung minggu ini yang meliputi data pekerjaan bagi kedua-dua sektor iaitu awam dan swasta.

Kabanyakan trader ini mula menambah keyakinan pada tahap 85.2 peratus dalam satu tinjauan yang dibuat oleh Reuters. Bacaan ini menunjukkan peningkatan daripada 30 peratus yang dicatat pada awal minggu lalu selepas komen agresif yang dilontarkan oleh Pengerusi Fed, Janet Yellen.

Dalam sesi ini juga, Euro didagang pada $1.0537.

EUR/USD, 30 minit

Pelabur juga masih menanti pengakhiran mesyuarat ECB untuk sebarang potensi terhadap perubahan dasar gara-gara tekanan inflasi yang semakin meningkat.

Tanda-Tanda Anda Semakin Hampir Dengan Kejayaan Dalam Forex Trading

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat