Data Simpanan Mingguan Minyak Mentah Amat Dinanti Oleh Semua Peniaga Minyak!

46

Harga minyak mentah kembali jatuh pada Jumaat disamping meneliti data kiraan pelantar yang terbaru daripada Amerika Syarikat.

Minyak mentah di New York jatuh 0.76% kepada $45.97 setong. Minggu lepas, baker Huges melaporkan bilangan pelantar di AS meningkat sebanyak 2 kepada 416 buah.

Semalam, harga minya meneruskan peningkatan berikutan US Dollar yang melemah. Perkara ini sekali gus mengurangkan sedikit kebimbangan terhadap kelembapan permintaan minyak mentah.

Sebelum ini, Pentadbiran Maklumat Tenaga AS melaporkan penurunan minyak mentah sebanyak 6.2 juta tong.

Di tempat lain, minyak brent menjunam 84 sen atau pada $47.67 setong.

Peniaga minyak terus mempengaruhi pasaran dengan prospek pembekuan bekalan ketika pengeluar utama bertemu pada bulan depan.

Tukar Password Akaun Yahoo Anda Sebelum Anda Menjadi Mangsa Jenayah Siber!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat