Data Terbaru Menunjukkan Aktiviti Ekonomi Eropah Kekal Lemah!

256

Pelabur pada pembukaan sesi Eropah disajikan dengan penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan dari Zon Eropah dan UK untuk bulan November.

Kelemahan dalam aktiviti ekonomi Jerman sedikit mereda pada bulan ini, menyaksikan sektor pembuatan dan perkhidmatan mencatatkan bacaan yang melebihi dijangkakan walaupun berada di bawah penguncupan.

Sementara di Perancis pula, bacaan dicatatkan bercampur-campur dengan sektor pembuatan tergelincir di bawah tahap penguncupan, manakala aktiviti pembuatan lebih baik daripada jangkaan.

Keseluruhannya, kemerosotan di Zon Eropah sedikit mereda pada bulan ini di tengah-tengah tekanan harga yang berkurangan. Namun, sentimen perniagaan kekal suram dan keadaan permintaan masih lemah.

Meneliti data yang diterbitkan di UK pula, kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan tidak menunjukkan perubahan daripada catatan bulan sebelumnya, iaitu lebih baik daripada jangkaan untuk menurun rendah.

Ini meletakkan aktiviti ekonomi UK kekal berada paras terlemah 21 bulan pada bulan Oktober di tengah-tengah tanda kemelesetan yang semakin meningkat apabila pesanan merosot dan pertumbuhan pasaran pekerjaan mula perlahan.

Reaksi awal mata wang Eropah memperlihatkan pound didagangkan meningkat manakala euro pula sedikit tergelincir susulan penerbitan data tersebut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat