Data Tuntutan Pekerjaan Ini Beri Gambaran Lebih Luas Mengenai Pasaran Buruh!

437

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baru untuk faedah pengangguran dilaporkan turun pada minggu lalu ketika pasaran buruh masih bergelut untuk mengekalkan momentum.

Tuntutan awal untuk faedah pengganguran negara A.S hanya catat kejatuhan sebanyak 26,000 kepada 360,000 jumlah tuntutan bagi minggu yang berakhir pada 10 Julai, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis. Bacaan ini juga sesuai dengan jangkaan para pakar ekonomi.

Bacaan tututan sejak akhir-akhir ini berhadapan dengan cabaran untuk membuat penurunan lebih mendalam sejak turun di bawah 400,000 pada akhir Mei.

Penamatan awal program dan insentif mingguan sebanyak $300, telah mendorong rakyat Amerika untuk kekal menganggur dan tinggal di rumah. Ekonomi A.S kini mengalami kekurangan pekerja dengan kira-kira 9.5 juta rakyat Amerika masih lagi menganggur.

Walaupun sekurang-kurangnya 160 juta rakyat Amerika diimunisasi sepenuhnya terhadap COVID-19, beberapa bahagian Amerika Syarikat dengan kadar vaksinasi rendah mengalami lonjakan jangkitan dari varian Delta Covid-19. Hal ini secara tidak langsung dapat memperlambat pemulihan.

Tuntutan telah menurun dari rekod 6,149 juta pada awal April 2020. Namun, tuntutan tersebut tetap berada di atas julat 200,000-250,000 yang dilihat selaras dengan pasaran buruh yang sihat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat