Data Tuntutan Pengangguran Beri Indikasi Sektor Pekerjaaan Semakin Kritikal?

629

Data tuntutan pengangguran awal mencatat peningkatan sekali lagi pada minggu lalu dengan peningkatan sebanyak 362,000 berikutan pengambilan pekerja masih lagi perlahan dan penularan varian Delta.

Bacaan minggu lalu juga jauh lebih tinggi dari yang dijangkakan oleh para pakar ekonomi yang mensasarkan peningkatan 335,000. Peningkatan minggu lepas didorong oleh pertambahan tuntutan pengangguran dari wilayah California.

Jumlah tuntutan pengangguran pada minggu lepas adalah tertinggi sejak 7 Ogos dan dalam masa yang sama pengambilan pekerja adalah semakin perlahan dengan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap penularan varian Delta.

Pasaran tidak memberi tindak balas yang ketara dengan pasaran niaga hadapan saham melonjak naik dan hasil bon kerajaan hampir tidak berubah. Bacaan purata tuntutan mingguan menunjukkan turun naik dalam jumlah dan setakat ini turun lebih rendah kepada 335,750.

Tuntutan berterusan secara keseluruhan telah turun sejak 11.25 juta. Wilayah menunjukkan peningkatan 24,221 tuntutan baru kerana terputus dari bantuan yang diterima. Virginia juga menyaksikan kenaikan besar, dengan 12,879 pemfailan baru. Louisiana yang dilanda taufan mengalami penurunan 7,308.

Laporan berasingan pada Khamis menunjukkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk suku kedua meningkat 6.7% berdasarkan bacaan terakhir Jabatan Perdagangan. Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding matawang utama catat penyusutan 0.05% kepada paras dagangan 94.312.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat