Dataprep Berduka, Widad Tertawa

1,043

Saham Dataprep Holdings Bhd terus menyusut pada sesi dagangan pagi ini selepas mencecah paras terendah semalam.

Pada sesi dagangan pagi tadi, saham Dataprep turun 17.14% atau 30 sen kepada RM1.45 dengan 63.52 juta saham bertukar tangan.

Ketika sesi dagangan dibuka, saham tersebut susut sebanyak 24.57% atau 43 sen kepada RM1.32.

Semalam, saham penyedia penyelesaian ICT itu ditutup pada RM1.75 selepas turun sekitar 30% atau 75 sen.

Penurunan harga sahamnya berlaku disebabkan oleh amaran Bursa Malaysia kepada para pelabur minggu lalu untuk berhati-hati dan membuat keputusan yang tepat dalam sesi dagangan Dataprep.

Hanya seminggu lalu, kaunter terbabit mencecah paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun iaitu RM3.79 pada 15 Mac lalu, iaitu meningkat 23 kali ganda daripada 16.5 sen pada 11 Februari.

Sementara itu, Widad Group Bhd yang berkongsi pemegang saham dengan Dataprep, merupakan saham paling aktif didagangkan di Bursa Malaysia.

Sahamnya meningkat 12.64% atau 5.5 sen kepada 49 sen, dengan 107.23 juta saham diniagakan.

Widad Business Group Sdn Bhd (WBG) yang menjadi pemegang saham utama Dataprep tahun lalu, merupakan syarikat milik Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah, yang juga mengawal kepentingan di syarikat Widad Group.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat