Datuk Bandar Las Vegas Gesa Semua Sektor Perniagaan Dibuka Semula!

389

Berikutan dengan wabak pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan, Gabenor Nevada, Steve Sisolak telah menggeluarkan arahan agar semua penduduk Nevada hanya tinggal di rumah serta menutup semua sektor perniagaan yang tidak berkepentingan begitu juga dengan institusi pendidikan pada 1 April lalu.

Sehingga semalam, Nevada telah mencatatkan sebanyak 3,321 kes COVID-19 dengan angka kematian sebanyak 137. Berdasarkan sebuah kajian, Nevada dan Florida merupakan 2 buah negeri yang paling terjejas akibat wabak coronavirus kerana sumber utama pendapatannya bergantung kepada aktiviti pelancongan. Di samping itu, Nevada dijangka merekodkan defisit kira-kira $150 juta dolar dalam tempoh 18 bulan akan datang gara-gara penutupan sektor perniagaan yang dikuatkuasakan.

Walau bagaimanapun, penutupan sektor perniagaan tersebut telah mendapat tentangan daripada Datuk Banda Las Vegas iaitu Carolyn Goodman. Pemimpin wanita tersebut telah menggesa Gabenor Nevada agar membuka semula sektor perniagaan. Malah tindakan yang dijalankan oleh gabenor berkenaan didakwa tidak masuk akal. Menurut Carolyn, tiada perancangan rapi bagaimana mereka dapat meneruskan kehidupan ketika perintah kawalan pergerakan yang diisytiharkan.

Selain itu, Carolyn juga telah mengadakan perbincangan bersama tenaga pakar berkaitan pembukaan semula sektor perniagaan tersebut. Tambahnya lagi, beliau tidak akan berdiam diri selagi isu itu tidak diselesaikan. Hal ini demikian kerana penutupan sektor perniagaan di Las Vegas bakal menjejaskan semua penduduknya. Jika dibiarkan perkara ini berlanjutan, potensi untuk kembali kepada kehidupan yang dulu adalah tipis bahkan penduduk tidak dapat lagi menikmati keselesaan dalam hidup mereka. Di samping itu, beliau menyatakan bahawa setiap orang yang telah menjangkau dewasa pasti akan bertanggungjawab untuk membendung penularan wabak itu dengan mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti sentiasa menjaga kebersihan diri dan membasuh tangan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat