De-Dollarization Dapat Naikkan Harga Kripto! Betul Ke?

379

“Wow tak sabar nak tengok betul ke harga naik tinggi kalau berlaku de-dollarization.”

Beberapa pakar dalam pasaran mata wang kripto sungguh yakin harga aset digital bakal menyaksikan lonjakan ketara dalam masa terdekat ini sekiranya tercetus “de-dollarization”, iaitu apabila sesebuah negara mengurangkan pergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS).

Secara konteks, dolar AS berfungsi sebagai mata wang rizab global, di mana majoriti perdagangan antarabangsa seperti minyak, komoditi, hubungan dua hala, meningkatkan rizab forex dan lain-lain akan diselesaikan dalam USD.

Dalam erti kata mudah de-dollarization adalah proses menggantikan dolar AS sebagai mata wang asas untuk urus niaga yang dinyatakan di atas.

Susulan semakin banyak negara kini sedang berada dalam proses mengurangkan pergantungan dengan AS, mata wang alternatif pula semakin meningkat apabila dolar AS secara beransur-ansur kehilangan nilainya.

Pada awal minggu ini, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan akan mengaplikasikan Yuan China dan bukannya dolar AS untuk pembayaran antarabangsa manakala Arab Saudi turut berhasrat membuat langkah serupa.

Selain itu, ekonomi Amerika Selatan seperti Argentina dan Brazil pula sedang meneroka penciptaan “common currency”* sementara India serta Emiriah Arab Bersatu meneliti penggunaan Rupee untuk berdagang komoditi bukan minyak.

*Sistem wang yang dikongsi oleh dua atau lebih negara

Rentetan itu, pakar kripto meramalkan pengabaian dolar AS sebagai mata wang rizab global akan membawa kepada penurunan nilainya seterusnya mendorong negara tersebut untuk memanfaatkan penggunaan Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) atau stablecoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat