Debaran Mesyuarat FOMC Makin Kuat, Apa Jadi Pada Pasaran Semasa?

815

US dolar mengurangkan keuntungan pada sesi Eropah dengan semua mata kini terarah kepada mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi nanti.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan sedikit susut pada 106.90.

Pasaran kini mengekalkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas.

Namun, sekiranya bank pusat itu bertindak agresif dengan kenaikan 100 mata asas, raja mata wang US dolar berpotensi untuk melonjak lebih tinggi.

Sementara itu, pasaran kekal dihimpit oleh kebimbangan terhadap kemelesetan susulan krisis tenaga yang dihadapi Eropah semakin parah selepas Rusia mengurangkan bekalan gas ke Jerman kepada 20% daripada kapasiti.

Euro kembali stabil susulan penyusutan yang dicatatkan pada Selasa, menyaksikannya didagangkan pada sekitar harga 1.0150 berbanding US dolar.

Mata wang pound turut meningkat ketika pasaran meletakkan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah oleh Bank of England (BOE) sebanyak 50 mata asas pada bulan Ogos.

Di sisi lain, dolar Aussie juga kembali mencatatkan keuntungan di tengah-tengah tekanan harga yang semakin meningkat. Inflasi Australia mencatat rekod baharu pada suku kedua 2022 dengan melonjak kepada 6.1%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat