Debat Calon Pemimpin UK Tegang, Rishi Sunak Bertalu Dibidas

190

Selepas berita pengunduran Boris Johnson daripada jawatan Perdana Menteri UK, tumpuan terarah kepada perkembangan pemilihan calon-calon yang akan menerajui tampuk pimpinan baharu.

Rishi Sunak, bekas Menteri Kewangan UK yang meletakkan jawatan sebelum pengunduran Boris Johnson kini menjadi calon utama mendahului carta undian untuk memenangi jawatan pemimpin parti dan Perdana Menteri.

Mengikuti undian dalam senarai calon adalah Menteri Perdagangan Penny Mordaunt, Setiausaha Luara Negara Liz Truss, ahli parlimen Kemi Badenoch dan Tom Tugendhat setakat dua kali undian.

Perkembangan pemilihan calon pemimpin dilihat mula tegang khususnya di antara Rishi Sunak dan Liz Truss di satu debat terbaru dalam siaran televisyen yang dihadiri kelima-lima calon.

Liz memberitahu bahawa kenaikan cukai yang diperkenalkan Rishi Sunak akan menjadi penghalang untuk pertumbuhan ekonomi.

Beliau mempertikaikan tindakan kenaikan cukai yang mencapai paras tertinggi 70 tahun tersebut akan menjejaskan pendapatan untuk melangsaikan hutang.

Juga dalam temubual bersama media The Independent, beliau memberi amaran bahawa Britain akan berdepan dengan kegawatan ekonomi disebabkan oleh kenaikan cukai Rishi tersebut.

Manakala, Rishi pula menuduh Liz menawarkan sesuatu yang tidak bermanfaat untuk ekonomi UK setelah beliau membalas pelaksanaan kenaikan cukai adalah disebabkan faktor pandemik yang menjejaskan ekonomi dan kos perlu ditampung semula.

Penny Mordaunt yang dilihat menjadi calon pencabar kepada Rishi turut mempertikaikan tindakan tersebut kerana rakyat semakin terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

Namun, Rishi kembali membidas Penny dengan mendakwa bahawa pelan pinjaman untuk melabur dilihat sebagai ‘berbahaya’.

Kelima-lima calon menolak untuk pilihan raya lebih awal jika mereka mahu dilantik sebagai Perdana Menteri dalam tempoh 7 minggu.

Dalam satu masa, kesemua calon diminta untuk mengangkat tangan jika mereka mahu menawarkan untuk Boris Johnson memegang jawatan dalam kabinet, tetapi tiada sorang pun berbuat demikian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat