Defisit Fiskal Tahunan US Mengembang Sehingga $666 Billion

45

Pada minggu lalu, Jabatan Perbendaharaan US melaporakan fiskal pada tahun 2017 menunjukan perbelanjaan melebihi rekod rasmi sehingga menyebabkan jumlah defisit dalam belanjawan US meningkat kepada $666 billion.

Defisit bagi tahun 2017 meningkat sehingga 3.5 peratus daripada GDP. Defisit fiskal tahunan pada tahun lepas berada di sekitar $586 billion bersamaan 3.2 peratus daripada GDP.

Pendapatan fiskal pada tahun 2017 pula meningkat 1 peratus kepada $3.315 trillion dan perbelanjaan pula naik 3 peratus kepada $3.981 trillion.

Sejak Republik mengambil alih kuasa pada Januari lalu, pentadbiran Trump telah berusaha untuk melaksanakan pembaharuan kod cukai US dengan butiran-butiran yang baru dan hal ini masih dibahaskan di dalam kongres.

Pelan cukai Republik akan memotong sehingga $6 trillion cukai yang mana akan mengurangkan pendapatan negara secara mendadak. Antara kritikan terhadap pelan reformasi cukai ini adalah pengurangan cukai terhadap ahli perniagaan serta bagi mereka yang berpendapatan tinggi dan juga menambahkan trillion dolar defisit dalam bajet kerajaan.

Selain penambahan defisit tahunan, hutang negara berdasarkan penambahan defisit lepas dan kadar yang perlu dibayar kepada pemberi pinjamam kini melebihi $20 trillion. Jabatan Bebas Bajet Kongres berkata kadar hutang yang meningkat  tidak mapan kerana kerajaan membayar kos perubatan dan pengangguran.

Pegawai perbendaharaan turut mengatakan perbelanjaan pada bulan September lalu bersamaan $341 billion, naik 5 peratus berbanding bacaan bulan yang sama tahun lalu, dan penerimaan pendapatan susut 2 peratus berbanding tahun lalu kepada $349 billion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat