Dell Umum Mengejut Keluar Dari Pasaran Malaysia Dan Singapura

3,348

Dell telah membuat keputusan untuk tidak lagi mempromosikan produknya di Malaysia dan Singapura berkuat-kuasa serta-merta.

Keputusan penarikan diri dari pasaran kedua-dua negara itu diumumkan dalam pendedahan satu kenyataan pada hujung Oktober.

Menurut Dell Technologies, pihak mereka telah melakukan tinjauan kewujudan jenama itu di beberapa kawasan dan memutuskan untuk tidak lagi menerima sebarang tempahan dari seluruh kedai fizikal.

Tetapi, jangan bimbang kerana sebarang bentuk perjanjian antara Dell, rakan niaga dan penggunanya akan masih aktif dan firma itu akan memenuhi kontrak yang masih berbaki.

Pengguna dan pengguna berpotensi masih boleh membeli produk Dell di Malaysia dan Singapura, namun untuk mendapatkan keluaran terbaru jenama ini adalah mustahil.

Bagi mereka yang menginginkan rangkaian produk terbaru, digalakkan untuk membuat tinjauan dan pembelian di laman web Dell Malaysia. Ini termasuk peminat Dell yang bercadang untuk memiliki produk terbaru XPS 13 dan XPS 13 2-in-1 dengan prosesor Intel Tiger Lake generasi ke-11.

Perkara ini juga turut diaplikasikan kepada sebarang perkhidmatan atau pembelian Dell pada masa akan datang yang hanya dapat diakses secara dalam talian.

Buat masa sekarang, kedai fizikal Dell seluruh Malaysia dan Singapura akan memasarkan produk tersedia ada.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat