Demi Beli XRP, TikToker Ini Sanggup Gadai Rumah $500K!

604

“Sangat berani ye, adakah orang lain pun akan bertindak sebegitu jika ingin beli sesuatu kripto?”

Personaliti media sosial TikTok yang menggunakan nama samaran Money_talk_tok telah memberitahu kepada lebih 50,000 pengikutnya bahawa beliau menjual rumahnya dengan harga $500,000 pada 24 Februari 2022 untuk melabur dalam mata wang kripto Ripple (XRP).

Menerusi analisis pada masa itu, personaliti media sosial tersebut meramalkan pasaran kripto masih berada dalam keadaan tidak menentu tetapi beliau tetap bertindak sedemikian untuk menentang pergerakan trend.

Diperjelaskan lebih terperinci, beliau yang menyimpulkan XRP sudah mencapai titik terendah selepas menjalankan analisis sentiment telah melabur dalam aset digital tersebut sebanyak $500,000 berikutan yakin harganya akan melonjak tinggi.

Susulan melabur dalam XRP semasa harganya berada pada $0.69, pengguna TikTok itu yang sehingga kini memegang aset digital tersebut telah mendedahkan bahawa beliau tidak kehilangan wangnya kerana simpanannya masih tidak dijual.

Memang tidak dinafikan kerugian dialaminya adalah sangat ketara, tetapi beliau yang sungguh optimis terhadap kripto berpandangan sifat aset digital termasuk XRP sebenarnya tidak dapat dijangkakan dan memiliki risiko tersendiri.

Meskipun begitu, situasi tersebut dapat membuktikan bahawa sesetengah penyokong tegar kripto sanggup bertindak drastik seperti menjual rumahnya untuk membeli aset digital.

Setakat penulisan ini, harga XRP melonjak sebanyak 1.75% pada paras $0.48 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $25 bilion seterusnya mencatakan kenaikan sekitar 5.52% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat