Denda $113 Juta, India Saman Google Sekali Lagi!

339

Pengawal selia internet India telah mengenakan tindakan saman terhadap Google sebanyak 9 billion rupee ($113m;£98m) untuk kali kedua dalam tempoh kurang seminggu disebabkan amalan anti persaingan.

Mereka menganggap bahawa Google telah menyalahgunakan kuasa dominannya untuk memaksa semua pemaju aplikasi untuk hanya menggunakan sistem pembayaran yang telah mereka sediakan.

Dilaporkan bahawa Google telah menghalang pemaju aplikasi untuk membayar bil mereka menggunakan servis pembayaran dari pihak ketiga.

Menurut jurucakap Google di India, pihak mereka telah meneliti keadaan tersebut dan mereka akan kekal komited kepada pengguna dan pemajunya.

Menurut laporan dari Competition Commision of India (CCI), mereka telah mengarahkan Google untuk membaik pulih operasi mereka dalam tempoh tiga bulan termasuk membenarkan pemaju aplikasi untuk menggunakan servis pembayaran lain selain daripada servis pembayaran yang telah mereka sediakan.

Tambahan pula, mereka menasihati Google untuk memberi penjelasan dengan baik kepada pemaju aplikasi tentang sebarang servis pembayaran yang bakal dikenakan.

Ini adalah kali kedua tindakan saman dikenakan selepas minggu lalu, Google telah disaman sebanyak 13 billion rupee ($161m;£144m) oleh India kerana menggunakan platform Android untuk mendominasi pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat