Dengan Kuasa Veto, Trump Tolak NDAA!

1,153

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggunakan kuasa vetonya untuk menolak Rang Undang-Undang (RUU) dana pertahanan yang diluluskan oleh Kongres pada bulan ini.

Trump membantah peruntukan yang bakal menyekat keputusannya untuk memanggil semula tentera AS di Afghanistan dan Eropah serta menamakan semula pangkalan tentera.

Selain itu, Trump juga mengecam RUU itu kerana enggan melayan permintaannya untuk menghentikan perlindungan liabiliti bagi syarikat media sosial yang dikenali sebagai Bahagian 230.

Trump juga mendakwa RUU itu membantu Rusia dan China sekiranya Bahagian 230 dalam RUU itu tidak diubah.

Penggubal undang-undang meluluskan RUU itu dengan majoriti yang besar dan berkemungkinan mengatasi penolakan Presiden.

Sekiranya Kongres tidak mengatasi hak veto Trump dalam kes berkenaan, ini adalah kali pertama dalam tempoh 60 tahun Akta Kebenaran Pertahanan Nasional (NDAA) tidak akan diluluskan.

“Sayangnya, RUU berkenaan gagal memasukkan langkah-langkah keselamatan nasional yang kritikal, termasuk peruntukan yang tidak menghormati veteran tentera dan sejarah ketenteraan kita serta bertentangan dengan usaha pentadbiran saya untuk mengutamakan Amerika dalam soal tindakan keselamatan negara dan dasar luar negara kita,” kata Trump menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Demokrat, Nancy Pelosi menegaskan tindakan Trump itu akan membahayakan pasukan ketenteraan, keselamatan serta meremehkan hasrat Kongres.

“Ketika negara kita baru sahaja berdepan serangan siber besar-besaran, sangat sukar untuk memahami sebab di sebalik tindakan tidak bertanggungjawab Presiden,” ujar Pelosi melalui kenyataan yang dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat