Dengar-dengar Ada Berita Baik Mengenai Vaksin AstraZeneca, Betul Ke?

888

Sentimen risk-off dalam pasaran berterusan sehingga ke sesi Eropah yang dipengaruhi oleh lonjakan kes Covid-19 di Eropah dan Amerika Syarikat dan kurangnya kemajuan dalam pakej rangsangan fiskal AS.

Beberapa negara Eropah melaporkan lonjakan tertinggi kes baru Covid-19 dan menyebabkan tekanan yang semakin meningkat di hospital, terutamanya di Perancis yang mencatatkan 52,010 kes baru.

Sementara kes coronavirus di Amerika Syarikat juga meningkat, memecahkan rekod melebihi 80,000 pada hari Jumaat dan Sabtu.

Dolar greenback terus mengukuh dengan mencatatkan peningkatan 0.3% pada sesi Eropah berbanding kebanyakan matawang utama.

Dalam pada itu, Speaker Dewan, Nancy Pelosi memberitahu bahawa Dewan Perwakilan AS akan meluluskan bantuan rangsangan pada minggu ini, walaupun kesepakatan dengan White House masih samar, dengan Senat pula mungkin tidak akan bertindak sebelum pilihan raya presiden.

Dolar Aussie dan dolar New Zealand kembali meraih kekuatan untuk kembali meningkat di tengah-tengah keyakinan terbaru terhadap vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh AstraZeneca.

Media melaporkan bahawa vaksin yang dikembangkan AstraZeneca bersama Oxford terbukti berjaya terhadap golongan lebih berusia dan kakitangan di sebuah hospital besar Britain diberitahu untuk mempersiapkan vaksin secepatnya bulan depan.

Selain itu, matawang pound mempamerkan sedikit peningkatan setelah susut di bawah 1.3000 pada awal sesi Eropah dengan ketidakpastian mengenai rundinganperdagangan Brexit terus mempengaruhi pergerakan harga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat