Derita Rakyat UK Berterusan, Jualan Runcit Junam Lebih Parah!

23,082

Jualan runcit UK sekali lagi menunjukkan penguncupan pada bulan Mac ketika lonjakan inflasi terus memberi impak kepada permintaan pengguna.

Penjualan runcit jatuh sebanyak 1.4% pada Mac daripada penurunan 0.3% yang dicatatkan pada Februari dan dijangkakan oleh pasaran, menurut Pejabat Perangkaan Negara (ONS).

Antara faktor yang menjadi penyumbang utama kepada kejatuhan ini adalah penurunan drastik dalam jualan makanan, pakaian dan kasut, dan petrol berikutan kenaikan harga yang melemahkan perbelanjaan pengguna.

Bukan itu sahaja, tetapi jualan runcit dalam talian juga mengalami kemerosotan mendadak yang seiring dengan pelonggaran lebih lanjut dalam sekatan coronavirus di negara itu.

Mata wang pound menjunam lebih parah susulan bacaan data tersebut, yang mendorongnya ke bawah paras harga 1.3000 berbanding USD iaitu tahap paling lemah sejak November 2020.

Terdahulu, tinjauan berasingan oleh GfK menunjukkan sentimen pengguna Britain jatuh hampir ke paras terendah sejak rekod bermula hampir 50 tahun lalu pada bulan April.

Ini berpunca daripada krisis kos sara hidup yang semakin teruk sehingga menjejaskan keyakinan isi rumah terhadap ekonomi dan kewangan peribadi mereka.

Jurang antara pertumbuhan upah dan kadar inflasi semakin jauh. Isi rumah kini berdepan cabaran besar lagi bulan ini apabila bil tenaga dan cukai pendapatan meningkat dengan mendadak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat