Desakan Daripada Pelbagai Pihak, Boris Johson Tertekan!

388

Pentadbiran UK menerima desakan oleh pelbagai pihak agar mengenakan langkah sekatan yang lebih ketat seperti perintah berkurung separa bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Keir Starmer yang merupakan pemimpin parti pembangkang iaitu parti buruh mendesak agar perintah berkurung dilaksanakan untuk tempoh dua hingga tiga minggu kerana penularan pandemik Covid-19 melonjak dengan banyak.

Starmer menuduh Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengabaikan nasihat pakar setelah laporan pada hari Selasa menyatakan bahawa ketua penasihat saintifik pemerintah yang menggesa beberapa minggu yang lalu bahawa langkah perintah berkurung untuk satu UK harus dilaksanakan bagi mengekang penularan pandemik.

Starmer turut menyatakan bahawa langkah yang diterapkan oleh pentadbiran UK baru-baru ini adalah tidak berkesan kerana ia hanya diterapkan di tempat-tempat berisiko tinggi. Beliau lebih cenderung kepada pengenaan perintah berkurung separa atau yang lebih dikenali sebagai ‘mini lockdown’. Langkah sekatan ini tidak akan melibatkan sekolah namun hanya akan membenarkan perjalanan penting dan bekerja dari rumah. Pergerakan rakyat akan dibatasi dan restoran harus ditutup selama dua sehingga tiga minggu.

Gesaan untuk langkah yang lebih ketat adalah kerana sebagian besar tempat di England berada pada tahap risiko.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat