Desas Desus Kerjaan A.S Ingin Mengharamkan Kripto? Brad Sherman Tampil Beri Ulasan Terkini

301

Desas desus mengenai pengharaman kripto di Amerika Syarikat kembali timbul dalam kalangan komuniti kripto sehingga membuatkan para pelabur tertanya-tanya. Desakan demi deesakan telah mendorong wakil Demokrat Brad Sherman untuk memberi pencerahan mengenail hal ini.

Wakil Demokrat Brad Sherman memberitahu Los Angeles Times bahawa mata wang kripto tidak akan diharamkan di Amerika Syarikat “dalam masa terdekat.” Ketua Jawatankuasa Kecil Perkhidmatan Kewangan Isirumah mengenai Perlindungan Pelabur mendakwa bahawa kerajaan A.S. tidak mengharamkan kripto dalam waktu terdekat ini kerana ia dilihat sebagai tidak penting.

Walaubagaimanapun, terdapat berbagai isu yang timbul berkenaan kripto sehingga segelintir besar melihat ia terlalu berisiko. Namun tuntutan semasa yang lebih penitng seperti inflasi membuatkan perhatian belum terarah kepada pasaran kripto buat masa ini.

Ahli politik California itu menzahirkan rasa bimbang terhadap penyalahgunaan kripto dalam pasaran. Beliau berulang kali menyatakan bahawa kripto dapat dimanipulasi untuk aktiviti jenayah dan kaganasan. Sherman sebelum ini, telah berulang kali menggesa larangan menyeluruh terhadap aset digital, menjadi pengkritik industri yang paling lantang di Kongres.

Pada bulan Julai, Sherman mengecewakan penyokong mata wang kripto XRP selepas menyatakan bahawa token kontroversi itu adalah keselamatan yang tidak berdaftar.

Walaupun kerajaan A.S belum mengenakan larangan menyeluruh terhadap mata wang kripto. Yang terbaru, mereka mengharamkan protokol Tornado Cash yang kontroversi pada bulan lepas. Jabatan Perbendaharaan sedang mengenalpasti token-token yang memberi ancaman seperti Tornado Cash.

Ini membawa indikasi bahawa kerajaan A.S. masih menjalankan aktiviti pemantauan terhadapan pasaran kripto setakat ini. Oktober tahun lalu, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell berkata bahawa adalah wajar untuk mengawal selia mata wang kripto, namun belia menolak larangan sepenuhnya. Bagaimanapun, Powell menyifatkan mata wang kripto sebagai ” alat spekulasi’ pada Mac yang lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat