Di Saat USD Meraih Pengukuhan, GOLD Pula K.O

505

Dagangan logam berharga emas jatuh lebih rendah pada awal minggu berikutan peningkatan semula matawang US dolar di tengah-tengah kurangnya kemajuan dalam rundingan pakej rangsangan AS.

Spot emas diniagakan susut pada $1,897 per auns setelah mencecah paras terendah lebih satu minggu pada $1,890 ketika sesi Asia. Sementara niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,898 per auns (3.00 petang waktu Malaysia).

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama pula menguat 0.2% pada 92.93.

Pada Ahad, Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi mengatakan bahawa pentadbiran Trump sedang meneliti pelan rangsangan COVID-19 terbaru dan beliau mengharapkan tindak balas daripada White House pada hari Isnin.

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat menguatkan lagi keperluan bahawa rangsangan lebih besar perlu dilancarkan.

Menurut Johns Hopkins University, kes baru coronavirus di Amerika Syarikat lebih 83,000 pada hari Jumaat dan Sabtu, melebihi rekod tertinggi yang dicatatkan pada Julai iaitu sebanyak 77,300 kes.

Ketua kakitangan White House, Mark Meadows memberitahu pada hari Ahad bahawa Amerika Syarikat tidak akan dapat mengawal wabak tersebut di tengah-tengah lonjakan kes baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat