Diam-Diam Whale Shiba Inu Sudah Mula Beraksi!

1,810

Pembetulan pasaran kripto masih berlaku dan ada whale sudah mula mengorak langkah yang melihat keadaan pasaran sekarang adalah sesuai untuk menambah pegangan aset kripto SHIB.

WhaleStats yang merupakan indikator yang menjejak 1,000 alamat Ethereum terkaya. Indikasi itu mendapati bahawa salah satu alamat itu telah sebanyak 4 trilion Shiba Inu (SHIB) dalam tempoh 24 jam yang lalu yang bernilai kira-kira $136 juta.

Semasa penulisan, Shiba Inu merupakan token pilihan utama Whale tersebut berdasarkan jumlah nilai dalam akaun kemudian diikuti oleh MANA Decentraland yang bernilai $86 juta dan USDT bernilai $41 juta. Ditampilkan bahawa SHIB mewakili 26.15% daripada portfolio Whale tersebut.

Harga SHIB telah melonjak melebihi 10% sebelum susut sedikit ke paras dagangan $0.00003517. Aktiviti kebanyakan whales yang mengambil peluang ketika pasaran bergelora membawa jangkaan harga SHIB untuk membuat u-turn.

Berdasarkan pemerhatian, SHIB telah susut lebih 30% sejak 30 November lepas dari paras tertinggi, 0.0000538 ke paras terendah $0.00003517 pada hari ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat