Dibuang Kerja? Industri Kripto Masih Galak Buru Bakat Baru

148

‘Benda Web3 ni masih belum sepenuhnya function, tunggu nanti pati akan buka peluang pekerjaan lebih besar pada masa hadapan.’

Berlatarbelakangkan keruntuhan pasaran kripto (Crypto Winter), industri Web3 memperlihatkan banyak firma mengurangkan belanjawan serta pekerja namun ia tidak menandakan pencarian bakat baru terhenti.

Perkara tersebut dizahirkan pengasas firma perekrut kripto Proof of Search, Kevin Gibson, dengan menyatakan permintaan terhadap tenaga kerja berorentasikan Game-Fi, Metaverse, De-Fi dan non-fungible tokens (NFT) masih tinggi.

Ulas Gibson bahawa firma modal teroka dilihat terus menyalurkan dana kepada syarikat yang mempunyai model perniagaan kukuh untuk pengambilan pekerja di sebalik turun naik pasaran.

Asas tersebut juga disokong dengan laporan firma penganalisis kripto, Messari yang menyaksikan sebanyak $30.3 bilion telah dilaburkan dalam firma kripto pada separuh pertama 2022 (1H 2022).

Selain itu, sebanyak $8.6 bilion lagi telah dilaburkan ke dalam projek-projek Web3 dan NFT dalam tempoh sama.

Antara syarikat dagangan awam terbesar yang telah melaburkan dana ke dalam pasaran kripto pada 2022 adalag BlockData, Google, Samsung, Microsoft, PayPal, Morgan Stanley dan Goldman Sachs.

Pada sisi berbeza pengasas CryptoRecruit, Neil Dundon, mengatakan pasaran kerja kripto mungkin kekal secara relatif tidak berubah tatkala ia berada dalam aliran bearish sungguhpun terdapat ‘banyak peluang’ untuk firma kripto dan pencari kerja.

Hal ini dicerahkan dengan faktor bahawa kebanyakan firma kripto datang dari kelompok industri bukan utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat