Dicemari Isu Rasuah, Venezuela Tutup Kemudahan Mining Kripto!

153

“Habislah musnah nanti semua syarikat kripto kat sana, tapi mungkin dapat pulih semula.”

Pembekal tenaga Venezuela menutup kemudahan mining mata wang kripto mereka di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada usaha pembentukan semula jabatan kripto negara itu dan juga siasatan berterusan isu rasuah melibatkan syarikat minyak Venezuela PDVSA.

Walaupun masih tidak pasti berapa banyak syarikat kripto yang terkesan, beberapa bursa aset digital telah diarahkan untuk hentikan operasinya selepas kemudahan mining ditutup di negeri Lara, Carabobo dan Bolivar.

Hal ini kerana pegawai kerajaan didapati menjalankan operasi minyak dengan bantuan jabatan kripto, ulas peguam negara Venezuela Tarek William Saab.

Dilaporkan bahawa mereka menggunakan syarikat konglomerat komersial untuk meluluskan modal diperoleh daripada jualan melalui pemerolehan kripto mahupun hartanah.

Rentetan itu, Saab berkata 10 individu telah ditangkap semasa penyiasatan dilaksanakan dan tidak dilupakan juga penahanan Joselit Ramirez Camacho yang mengetuai jabatan kripto serta menyelia peraturan cukai aset digital dan kripto negara PetroDollar (XDP).

Camacho telah disenaraikan dalam Senarai Paling Dikehendaki Amerika Syarikat (AS) sejak Jun 2020 apabila Jabatan Penyiasatan Keselamatan Dalam Negeri mengeluarkan ganjaran $5 juta untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapan penyelia XDP.

Pihak berkuasa mendakwa bahawa Camacho mempunyai hubungan politik dan ekonomi yang mendalam dengan suspek penjenayah narkotik dan bekas naib presiden Venezuela, Tareck El Aissami.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat