Didakwa Manipulasi Harga DOGE, Elon Musk Bakal Dipenjara?

279

“Kebenaran akhirnya terbongkar, adakah harga DOGE akan terkesan ataupun naik?”

Hari ini dikejutkan dengan berita mengenai jutawan Elon Musk dikenakan tuntutan mahkamah atas kesalahan insider trading*, mengeksploitasi pelbagai platform seperti Twitter dan memanipulasi harga memecoin terbesar Dogecoin (DOGE).

*Amalan haram berdagang di bursa saham untuk keuntungan sendiri melalui akses kepada maklumat sulit

Menerusi tuntutan difailkan di mahkamah persekutuan Manhattan, Musk didakwa menggunakan gabungan taktik melalui siaran Twitter, influencers online berbayar dan publisiti lain untuk berdagang secara menguntungkan melalui beberapa wallet DOGE dikawal olehnya atau Tesla.

Rentetan itu, para pelabur dilaporkan mengalami sejumlah kerugian kewangan manakala Musk memperoleh keuntungan besar.

Antara bukti yang didedahkan dalam tuntutan mahkamah tersebut adalah penjualan DOGE bernilai $124 juta oleh Musk pada bulan April 2023 semasa beliau menggantikan logo burung biru Twitter kepada memecoin itu.

Oleh demikian, pelabur berpandangan tindakan tersebut bukan sahaja menipu mereka malah berfungsi sebagai sebahagian daripada rancangan Musk yang ingin mempromosikan dirinya termasuk syarikat beliau.

Musk juga didapati sengaja menaikkan harga DOGE sebanyak 36,000% dalam tempoh dua tahun sebelum membenarkannya jatuh drastik sehingga mengakibatkan kerugian besar kepada pelabur yang beli memecoin itu.

Sehingga berita ini ditulis, harga DOGE melonjak sebanyak 1.08% pada paras $0.07194 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $10 bilion seterusnya merekodkan kenaikan 1.85% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat