Diplomat China, Taiwan Bergaduh Sehingga Cedera!

287

Ketegangan antara China dan Taiwan dilihat semakin memuncak selepas tercetusnya pergaduhan antara diplomat kedua-dua negara itu di Fiji.

Insiden itu mengakibatkan kedua-dua pegawai diplomat mengalami kecederaan dan telah meminta polis Fiji menjalankan siasatan.

Kejadian berkenaan berlaku pada 8 Oktober lalu ketika pejabat perdagangan Taiwan di Fiji mengadakan majlis untuk kira-kira 100 tetamu terhormat di Hotel Grand Pacific.

Kementerian Luar Taiwan mendakwa dua pegawai China bertindak mengambil gambar dan cuba mendapatkan maklumat berkaitan semua tetamu.

Diplomat Taiwan yang meminta mereka untuk beredar telah dipukul dan memerlukan rawatan di hospital akibat kecederaan di kepala.

“Kami mengutuk sekerasnya tindakan oleh pegawai kedutaan China di Fiji kerana melanggar undang-undang dan kod tata laku,” kata jurucakap Kementerian Luar Taiwan, Joanne Ou.

China dalam pada itu mendakwa kakitangan kedutaannya berada di luar lokasi majlis berkenaan dengan menjalankan ‘tugasan rasmi’ yang tidak dinyatakan dan menuduh para pegawai Taiwan memprovokasi serta menyebabkan kecederaan kepada salah seorang diplomatnya.

Sementara itu, polis Fiji masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung kejadian terbabit.

Insiden itu dilihat memburukkan lagi situasi antara kedua-dua negara selepas Taiwan baru-baru ini mengukuhkan hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS).

Tindakan itu mencetuskan kemarahan China yang selama ini menyifatkan Taiwan sebagai salah satu wilayah jajahannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat