Ditekan! Nike Tarik Kembali Keluaran Sneaker ‘Betsy Ross’!

597

Nike merupakan pengeluar terbesar bagi pakaian dan kasut atlet dilaporkan terpaksa menarik kembali produk kasut sneaker terbaru mereka yang bertemakan bendera awal Amerika Syarikat selepas Colin Kaepernick memberi peringatan agar tidak menjual kasut dengan simbol yang dapat menimbulkan perbalahan. Colin Kaepernick merupakan bekas quarterback bagi NFL San Francisco dan kini merupakan seorang aktivis.

Nike mempamerkan Air Max 1 USA dalam yang bertemakan era Revolusi Amerika dengan corak 13 bintang dalam bulatan yang merujuk kepada Betsy Ross. Produk tersebut dikeluarkan sempena menyambut hari kemerdekaan Amerika Syarikat.

Menurut Wall Street Journal, Nike menarik kembali pengeluaran produk itu susulan batahan oleh Kaepernick. Menurut Kaepernick, corak 13 bintang itu sebagai ofensif kerana terkait dengan sejarah zaman hamba di AS dahulu.

Berikutan kontroversi tersebut, harga sepasang sneaker Air Max 1 USA melonjak naik sehingga segelintir pihak menjualnya pada harga $2,000 sepasang.

Saham Nike sedikit jatuh pada ketika ini dan didagangkan pada harga $85.27 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat