Dividen ASB Diumum 4.25 sen, Pengagihan Ehsan 0.75 sen

256

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dana unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.0 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Disember 2020.

Pengagihan pendapatan ASB itu merangkumi 4.25 sen seunit dan pengagihan ehsan 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama pemegang unit sempena ulang tahun ke-30 ASB.

Lapor Berita Harian, jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM7.6 bilion akan dinikmati oleh 10.2 juta pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 173.2 bilion unit.

Menurut Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz, pengagihan pendapatan ASB kekal kompetitif meskipun berdepan cabaran ekonomi akibat Covid-19.

Pengagihan pendapatan dan bonus akan dikreditkan ke akaun para pemegang unit boleh menyemak akaun mereka pada 1 Januari 2021 .

Bayaran agihan pendapatan pada tahun ini adalah rendah berbanding jumlah pengagihan pada tahun lepas iaitu 5.50 sen per unit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat