Dividen KWSP 2023 Naik Kepada 5.50%

280

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.50 peratus untuk Simpanan Konvensional dengan jumlah pembayaran sebanyak RM50.3 bilion dan 5.40 peratus untuk Simpanan Shariah iaitu sebanyak RM7.5 bilion.

Jumlah keseluruhan keseluruhan untuk tahun 2023 adalah sebanyak RM57.8 bilion.

Kadar itu lebih tinggi berbanding 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Syariah bagi 2022.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata setakat 31 Disember 2023 KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan kasar lebih tinggi sebanyak RM66.99 bilion.

Jumlah itu meningkat 29 peratus berbanding RM51.91 bilion pada 2022. Jumlah itu adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun berkenaan.

Katanya lagi, kepelbagaian portfolio KWSP dan pengurusan dana yang aktif membolehkan kita mengisytiharkan kadar dividen lebih baik untuk 2023.

Agihan dividen sebanyak RM57.8 bilion akan memanfaatkan lebih 16 juta ahli KWSP yang merangkumi individu dari kedua-dua sektor formal dan tidak formal.

KWSP berupaya memberikan hasil dividen yang lebih baik berikutan prestasi berdaya tahan tahun lalu, dengan ekuiti memainkan peranan penting dalam memacu prestasi keseluruhan.

Tahun kewangan 2023 menyaksikan prestasi bercampur-campur dalam pasaran ekuiti global, terutamanya antara Asean berbanding pasaran maju.

Indeks penanda aras ekuiti pasaran maju menyaksikan pertumbuhan positif, walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menyebabkan kadar faedah dasar tertinggi sejak 1980-an untuk mengekang tekanan inflasi.

Di peringkat serantau, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dan Asean menyaksikan pertumbuhan negatif dengan FBM KLCI merosot 2.7 peratus.

Di sebalik penurunan itu, KWSP menguruskan portfolionya secara aktif untuk menjana pendapatan daripada ekuiti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat